Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
Posted by Unknown |

BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG MANONG TAHUN 2015



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Tuan/puan,

Pusat Kegiatan Guru Manong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan mengadakan program Pemilihan Tokoh NILAM di peringkat PKG pada ketetapan seperti berikut :

            2.1  Tarikh & masa : 16 Jun 2015 ( Selasa ) / 8.30 pagi
            2.2  Sasaran : Seperti di lampiran A
            2.3  Tempat : Pusat Kegiatan Guru Manong
            2.4  Sila bawa : Folio murid, borang pencalonan dan dokumen berkaitan


Surat panggilan dan lantikan boleh dimuat naik melalui portal PPD Kuala Kangsar atau link dibawah:-

Read more...
Posted by Unknown |

ISU CAPAIAN INTERNET 1BESTARINET - SPEEDTEST

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berkenaan isu ini sebenarnya telah banyak dibincangkan dalam semua peringkat. Bagi menjayakan program 1BestariNet suatu pendekatan telah diambil dimana setiap sekolah yang telah mendapat perkhidmatan 1BestariNet, Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT dikehendaki menjalankan "Speedtest" bagi setiap ZOOM yang telah dibekalkan oleh pihak YTL.

Tujuan pelaksanaan Speedtest adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kelajuan capaian internet 1Bestarinet bagi sesebuah sekolah.

SPEEDTEST URL : www.speedtest.net

Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan speedtest 1BestariNet sila hubungi PKG Manong di talian 05-7430433.

Berikut adalah arahan yang diterima oleh pihak PKG daripada BTPN Perak:
Surat Arahan daripada BTPN Perak.

MAKLUMAT TERKINI


Read more...
Posted by Unknown |

Status Pemasangan 1BestariNet Sekolah


Maklumat lanjut mengenai 1BestariNet: http://1bestarinet.net/
Data ini berdasarkan maklumat terkini sehingga tarikh 18 Mac 2014.
ZOOM, VSAT dan OCPE

a) ZOOM
Peralatan untuk capaian internet yang juga dikenali sebagai Customer Premise Equipment (CPE).  4 unit Zoom akan dibekalkan di sekolah-sekolah yang telah menerima perkhidmatan 1BestariNet.
ZOOM

b) VSAT
VSAT (Very Small Aperture Terminal) adalah stesen penerima signal dari satelit dengan antena penerima berbentuk piring dengan diameter kurang dari tiga meter. Fungsi utama dari VSAT adalah untuk menerima dan mengirim data ke satelit. 

Very Small Aperture Terminal(VSAT)
C) OCPE
Antara faktor pelaksanaan OCPE di sekolah-sekolah adalah kerana: 
i. Sekolah berada di kawasan liputan 4G tetapi mempunyai capaian signal yang lemah. 
ii. Sekolah menghadapi kekangan bagi pemasangan struktur 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS). 
OCPE berfungsi untuk meningkatkan frekuensi signal 4G supaya sekolah menerima capaian internet pada kelajuan tinggi iaitu 4-10Mbps. 


Outdoor Custumer Primise Equipment (OCPE)
Apakah 1BRIS
Bagi memastikan perkhidmatan 1Bestarinet dicapai di sekolah dengan tahap capaian 99.9 %, pihak KPM telah memberi kebenaran kepada pembekal 1BestariNet untuk menyediakan infrastruktur 1BRIS. 1BRIS ini merupakan struktur telekomunikasi bagi menyediakan liputan tanpa wayar dengan teknologi 4G Wimax untuk membekalkan capaian ke sekolah-sekolah berhampiran. 


HELPDESK : Tel. 018-7998787 / Emel : moesupport@ytlcomms.my 


Read more...
Posted by Unknown |

JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG MANONG BIL1/2014





Read more...